Muhasabah Diri: Sakit Fizikal, Sakit Rohani

Sihat Rohani & Jasmani


As salam,

Perkongsian dari bicara Jumaat di Ikim.FM pagi tadi. Sebahagian darinya mengenai perbezaan sakit fizikal dan sakit rohani, dan bagaimana merawat sakit ini, terutamanya khas kepada kedua ibu bapa yang mempunyai anak yang ada sakit rohani.

Sakit fizikal (jasmani) macam yang kita semua sedia maklum, sakit badan seperti demam, luka berdarah, sakit jantung, anak kena chicken pox, patah tangan dan sebagainya. Jadi, kalau fizikal yang sakit, kita ada ramai perawat sakit fizikal ni di klinik2 dan hospital2. Doktor2 specialist dan pakar ramai, pakar kulit pakar jantung, pasar sakit puan dan pelbagai pakar lagi, ramai tersedia.

Tapi, sakit rohani ni macam mana pula?



Pengertian rohani ialah hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran, unsur yang tidak dapat dilihat. Perlakuan pula seperti berfikir, rindu, sedih, gembira dan pelbagai perasaan lain lagi.

Penyakit rohani ada dikemukakan di dalam Al-Quran antaranya, firman Allah yang bermaksud:-
Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan’.[Al-Baqarah:10]
Sakit fizikal hanya dirasai pesakit tersebut. Namun, sakit rohani ini, pesakit tersebut tidak rasa sakitnya tetapi orang2 disekelilingnya yang merasakan kesakitannya. Sebagai contoh, anak yang degil, langsung tidak mendengar nasihat ibu ayah. Anak ini tidak merasakan dia sakit, sebaliknya, ibu dan ayah yang sentiasa sakit hati, risau, sedih & kecewa dengan sikap anak yang degil ini.

Sakit rohani ini seperti dalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Maka setiap yang baik susah pesakit rohani ni nak dapat tengok dan rasa, bagi mereka sentiasa betul dan benar. Mereka amat susah menerima kritikan apetah lagi nasihat. Susahkan kalau kita ada sakit rohani ni...

Jadi, bagaimana, terutama bagi ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak mereka sakit rohaninya? Antara yang dinasihatkan ialah:-
  • sentiasa dari kecil hingga mereka dewasa, kita bersama dengan mereka
  • selalu bercakap dan bercerita tentang baik dan buruk dengan anak-anak
  • dari kecil ajar tentang agama dan keimanan
  • sentiasa disiplinkan anak-anak
  • jika anak bermasalah, dengar masalah mereka dulu, kemudian nasihat
  • selalu pandang positif & fikir positif dalam keluarga
Dan pelbagai lagi cara untuk mengelakkan sakit rohani ini. Artikel motivasi yang saya kongsikan sebelum ini juga boleh menjadi panduan untuk elakkan sakit rohani di kalangan anak ini. KLIK:-

  1. Selalu Bercakap dengan Anak
  2. Ajar anak tentang Marah & Kenapa
  3. Ajar anak Nilai Wang
Sekian buat kali ini, wassalam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahu NILAI untuk wang anda setiap kali anda order?
**Jom daftar jadi Ahli, dapat diskaun hingga 30%
**Boleh jimat untuk penggunaan seisi keluarga
**Bolah jadi SIDE INCOME terutama bila kawan2 atau keluarga nak order!

Jangan malu2, hubungi saya SEGERA!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ

"JOM JANA PENDAPATAN 3-4-5 ANGKA SEBULAN, ONLINE BISNES, HANYA DAFTAR AHLI SHAKLEE & ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN & MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH AHLI. MODAL SERENDAH RM75 & PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. JOM BERSAMA GROUP BERJAYA EKSLUSIF KAMI"

Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!

No comments:

Post a Comment

Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!

Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.