Marah Anak & Jelaskan Apa Salah Anak
As Salam semua,Jom kali ni saya nak sgare lagi tips parenting iaitu cara terbaik dilakukan bila kita nak marah anak seteleh mereka membuat kesilapan dan apa yang patut disertakan bersama marah kita itu.
Anak perlu tahu kenapa mereka dimarahi |
- Apabila kita melihat anak kita membuat kesalahan, mulakan dengan memanggil nama anak, beserta mungkin muka yang menunjukkan sedikit marah & tangan yang menunjukkan jangan.
- Ada anak yang mungkin faham tindakan pertama kita tadi, atau mungkin mereka endah tak endah dan semakin membuat kesalahan.
- Panggil nama anak dan katakan "Jangan buat...."
- Ambil tindakan sedikit tegas dengan memukul lembut atau seumpama dengannya untuk menghentikan perbuatan anak itu
- Mungkin dengan tindakan no 4) tadi membuatkan anak merajuk atau menangis...
- setelah keadaan reda, ini yang paling penting!, jelaskan kepada anak tadi kenapa dia dimarahi...contoh ayat yang saya sendiri amalkan:-
"anaqi, kenapa buat camtu, kan anaqi tau buat camtu salah, bila anaqi buat camtu kan mommy marah...kan dah bersepah tu, mommy letih work ni...nanti sape nak kemas? kesian mommy letih nak kemas2...anaqi tolong mommy bolehh...?"
Bila kita marahkan anak kita, mereka selalunya tidak paham kenapa dimarah, terutama jika itu kesalahan yang kali pertama. Budak-budak memang kebiasaan suka mencuba pelbagai benda & tindakan baru sebab nak tahu. Jadi bagi mereka tindakan itu tiada status - salah atau betul.
Apabila mereka dimarah, mereka akan tertanya-tanya.
Jika dimarah kemudian tiada penjelasan kenapa mereka kena marah, ini boleh membawa kepada kemurungan & pemberontakan dalamam bagi anak. Mereka tidak faham mengapa tidak boleh? mengapa mama abah marah? di mana silapnya?
Kesimpulannya, marah dan kemudian explain. At least anak akan faham mengapa kita marah, dan tahu apa yang mereka buat tu rupanya salah, dan lagi bagus terus sama-sama betulkan semula kesalahan itu agar tidak berulang. Ini win-win situation, kita pun lega dan explain, anak pun faham dan tak merajuk =)
Sama-sama kita amalkan ya. Wassalam.
KLIK DoktorBudak untuk bacaan tambahan =) juga Like FB DoktorBudak
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebarang pertanyaan, jangan malu2!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ
"JOM JANA PENDAPATAN 3-4-5 ANGKA SEBULAN, ONLINE BISNES, HANYA DAFTAR AHLI SHAKLEE & ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN & MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH AHLI. MODAL SERENDAH RM75 & PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. JOM BERSAMA GROUP BERJAYA EKSLUSIF KAMI"
Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!
No comments:
Post a Comment
Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!
Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.