Lebih Rapat Kasih Sayang Bila Kita Selalu Bercakap Dengan Anak
Salam para penggemar Bijak Vitamin =)Kalau kita perasan, hari2 kita bercakap pasal anak...bagi yang ada anak, juga bagi yang belum ada anak, apetah lagi yang ada ramai anak! Fuuhh...penat jaga anak ni kan? Kita kena jaga sebaik mungkin kerana anak ini anugerah terbaik dariNya. Alhamdulillah ^_^
Jadi, kali ini, sebagai seorang mommy, saya juga nak share satu amalan yang bagus tentang bagaimana cara terbaik nak rapat dengan anak, supaya anak boleh hormat & dengar nasihat kita ibu ayah ni. Cara ini dapat membantu anak mendisiplinkan diri & perangai mereka juga.
Anak Ceria Anak Bijak |
Dari sekecil usia anak, kita mesti selalu bercakap, berkomunikasi dengan anak. Ini bagi mengaktifkan pendengaran juga pemikiran anak2 kita. Perkembangan ini jauh lebih baik dari ibu bapa yang lebih suka diam, dan dengar anak menangis je...
Saya dari Anaqi (my hero) kecil sampai lah sekarang dah 4 tahun usia, memang selalu berkomunikasi dengan dia. Dari bangun pagi sampailah nak tidur. ehh...jangan salah anggap! bukan selalu MEMBEBEL ya...lain tu! saya bukan jenis yang pandai membebel, sebab mama abah saya pun jenis yang tidak membebel. Tapi saya suka dengar bila mak angkat saya di Melaka membebel...hihi...jarang2 sukala tapi kalau hari2 mungkin boleh buat serabut & apa yang dibebel mungkin hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri =p
Bila kita selalu bercakap dengan anak, selain dapat membuat anak terasa protected & selamat, anak juga akan anggap kita sebagai kawan baik mereka tau. Bila semakin besar, mereka pun akan suka bercakap dengan kita.
Caranya, selalu bertanya. Pagi2 bangun tidur terus senyum dan tanya "dah strong nak pegi skolah tak arini?" walaupun kita memang tau, nak tak nak anak kena pegi tadika kan. Dalam kereta cakap lagi "nak belajar apa arini?" atau "semalam cikgu ajar apa?" atau "best tak pegi skolah?" tanya je apa2 pun takpe asalkan anak kita jawab, dan dia fresh & gembira. Ini pun dapat tingkatkan metabolisma anak juga. Tanya dengan nada yang ceria, baru la anak pun ceria ^_^
balik sekolah, tanya lagi "apa main dengan kawan2 arini...?"
Bila kita selalu bertanya, anak kita pun tak bosan dan kesunyian.
Lagi, selalu meluahkan juga. Saya selalu buat sesi meluahkan rasa ni sebelum tidur.
Kita bagi tau betapa kita happy anak kita pegi sekolah...
betapa kita sayang anak kita kalau dia selalu dengar nasihat kita...
bagi tau kita penat kerja nak cari duit nak beli susu dia, beli baju dia, beli mainan dia, beli buku dia...
selalu luahkan I LOVE U...
selalu puji tiap kali anak kita buat sesuatu yang bagus, tambah tepuk tangan atau tunjuk thumbs-up...
cakap "good boy / good girl' selalu biar dia dapat beza yang mana good yang mana tak good...
dan lagi,
kalau kita marah anak kita pun lepas tu kita kena luahkan kenapa kita marah...explain apa yang dia buat tu no good, dengan nada bukan marah, nada lembut yang macam cikgu ajar anak murid...ini buatkan anak kita faham, lain kali mungkin dia buat lagi namun kita kena sabar dan tetap explain lagi sampai berjaya =)
Berkomunikasi dengan anak |
KLIK DoktorBudak untuk bacaan tambahan =) juga Like FB DoktorBudak
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jangan malu2, hubungi saya SEGERA!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ
"JOM JANA PENDAPATAN 3-4-5 ANGKA SEBULAN, ONLINE BISNES, HANYA DAFTAR AHLI SHAKLEE & ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN & MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH AHLI. MODAL SERENDAH RM75 & PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. JOM BERSAMA GROUP BERJAYA EKSLUSIF KAMI"
Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!
No comments:
Post a Comment
Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!
Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.