Muhasabah Diri: Zikir Menjemput Rezeki

As salam semua,

Tazkirah kali ini sambungan dari sesi muhasabah Keistimewaan Zikir yang lepas. Bagaimana nak menjemput rezeki dengan berzikir?

Rasulullah SAW bersabda bahawa ada 2 amalan jika seseorang Islam mengambil berat terhadap keduanya maka nescaya akan masuk syurga, kedua-dua amaln itu sangant ringan namun amat sedikit umat yang beramal dengannya.

1) membaca Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...sebanyak 10 kali selepas setiap solat fardu. 10 x 5 solat fardu maka jumlah 150 zikir, ganjaran pahala ganda 10 maka jumlah keseluruhan ialah 1500 pahala.

2) membaca Subhanallah 33x Alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 34x sebelum tidur. Jumlah zikir ialah 100, maka jumlah semua 1000 pahala.

Campurkan kedua-dua amalan maka pengamal zikir ini mendapat 2500 pahala setiap hari.

Dengan banyak berzikir dapat mendekatkan diri kita kepada Allah sedikit demi sedikit, dan Allah menjadi pelindung & pembantu kita dalam apa jua keadaan.

Amalan lagi satu ialah "lailahaillallah" sebanyak 10x
waaahhh....cepat baca sekarang...dapat tambah lagi ganjaran ke akaun akhirat kita =)

Satu hadith Baginda Rasulullah SAW bersabda:
Adakah kamu tidak mampu memperoleh 1000 kebajikan setiap hari? seseorang bertanya kepada Baginda, "Ya Rasulullah, bagaimana mendapat 1000 kebajikan setiap hari?" maka jawab Baginda, "Bacalah Subhanallah 100x maka kamu memperoleh 1000 kebajikan..." [Riwayat Muslim]

Ibnu Qaiyum, ulama hadis yang masyhur menulis dalam kitabnya Al-Waabilussoyyib, antara kelebihan berzikir:-

  • Zikir menyebabkan Allah redha
  • Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
  • Zikir menarik rezeki kepada pengamalnya

Sesungguhnya #zikir itu dapat menaikkan darjat kita disisi Allah...maka jom sama kita usaha sedikit lebih untuk mengamalkan amalan ringan ini yang ganjarannya berganda-ganda ^_^ in sya Allah.

Jom #zikir

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jangan malu2, hubungi saya SEGERA!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ

"JOM JANA PENDAPATAN 3-4-5 ANGKA SEBULAN, ONLINE BISNES, HANYA DAFTAR AHLI SHAKLEE & ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN & MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH AHLI. MODAL SERENDAH RM75 & PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. JOM BERSAMA GROUP BERJAYA EKSLUSIF KAMI"

Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!

No comments:

Post a Comment

Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!

Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.