Muhasabah Diri: Keistimewaan Zikir

Amalan berZIKIR  Kepada Allah SWT

Salah satu amalan harian muslim yang mendekatkan diri kepadaNya, juga sebagai satu cara Mudahnya Menjemput Rezeki #MMR, selain solat Dhuha & solat Tahajud, ialah berzikir.

Berzikir kepada Allah SWT & Rasulullah SAW mempunyai pelbagai keistimewaan, sebagaimana tersebut dalam Al-Quran, juga firman Allah & hadith Rasulullah:-

~Firman Allah;
"Maka ingatlah kamu kepada Ku, nescaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat Ku." [Al-Baqarah 2:152]
~Rasulullah bersabda;
"Perumpamaan orang yang mengingat Rabbnya dengan orang yang tidak mengingat Rabbnya bagaikan orang hidup dengan orang mati." [Hadith Riwayat Al-Bukhari]

Faedah Zikir kepada Allah SWT:-
  • membuat Allah lebih redha kepada yang berzikir selalu
  • zikir memperkukuhkan jiwa, menyinari hati & wajah
  • zikir merupakan tanaman syurga yang mendatangkan rezeki
  • zikir menganugerahkan kemuliaan, kewibawaan & kebaikan kepada yang berzikir
  • dapat mengusir kejahatan syaitan
  • mempermudahkan & meringankan kesulitan
  • melenyapkan keburukan
  • menghilangkan kesedihan & kegelisahan hati juga jiwa
  • zikir mendekatkan jarak antara hamba dengan Rabbnya
Sesungguhnya zikir kepada Allah menurunkan ketenangan & rahmat, dan para malaikat menaungi mereka, sedangkan Allah menyebutnya di kalangan makhluk yang berada di sisinya serta membanggakannya di hadapan para malaikat.

Maka #jomberzikir sebagai tanda mensyukuri nikmatNya, rezeki harian yang kita dapat, sedar atau tidak, kita masih bernafas, masih sihat bekerja, anak-anak sekeluarga masih gembira, makan minum masih ada, dan sebagainya lagi...

Mulakan dengan...
SubhanaAllah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...
x33 pagi & petang ^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebarang pertanyaan, jangan malu2!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ

"JOM JANA PENDAPATAN 3-4-5 ANGKA SEBULAN, ONLINE BISNES, HANYA DAFTAR AHLI SHAKLEE & ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN & MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH AHLI. MODAL SERENDAH RM75 & PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. JOM BERSAMA GROUP BERJAYA EKSLUSIF KAMI"

Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!

No comments:

Post a Comment

Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!

Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.