Anak Terbaik: Susu Ibu Bekalan Terhebat

Kebaikan Susu Ibu

As salam,
Mari kali ini kita cerita mengenai topik yang sentiasa hangat iaitu hebatnya susu ibu. Antara faktor utama untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak ialah penyusuan. Terdapat 2 bentuk penyusuan iaitu penyusuan susu tepung dan penyusuan susu ibu. Ajaran Islam amat menggalakkan kita menyusukan anak dengan susu ibu sendiri kerana susu semulajadi banyak manfaatnya. Ini membuktikan keunggulan dan kebaikan susu ibu memang hebat tiada tolok bandingnya,  

Susu Ibu bukan sahaja memberi zat pemakanan optimum dan perlindungan sistem imun kepada si manja, malah memberi ketenangan setiap kali si anak sedang menyusu, dan yang lebih hebat, menerusi susu ibu tubuh anak yang sedang sakit dapat dihidrasi dengan baik untuk melawan penyakit (susu ibu membekal antibodi).


Kebaikan Susu Ibu Antibodi Kepada Bayi



Dengan penyusuan ini juga, hubungan dan kasih sayang antara ibu  juga anak kukuh dan anak akan menjadi lebih berkeyakinan, dan seterusnya ini membantu membentuk keperibadian yang bagus untuk anak.

Dalam Islam digalakkan menyusukan bayi dari hari pertama kelahiran hingga ke usia 2 tahun atau 24 bulan. Untuk pengetahuna anda, WHO dan UNICEF turut menyarankan seperti berikut sebagai pilihan penyusuan terbaik untuk bayi :-

1. Susu ibu terus dari payu dara ibu.
2. Perahan susu ibu dari ibu kepada bayi.
3. Susu ibu susuan.
4. Pengganti susu ibu yang sesuai.

Ini bukti yang hebatnya kandungan nutrisi susu ibu. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu. Oh, bercakap mengenai pengganti susu ibu terbaik, setakat ini yang selalu diperkatakan ialah susu kambing yang dibuktikan khasiatnya menghampiri khasiat susu ibu :)

Susu Ibu Antibodi buat Bayi

Berikut dirumuskan serba sedikit berkualitinya susu ibu ini sebagai bekalan bayi:-

  • membentuk sistem imunisasi yang baik kerana susu ibu membekalkan antibodi & vaksin untuk bayi
  • baik untuk kulit,bayi kurang mendapat alahan kulit
  • baik untuk mata, penglihatan bayi lebih tajam
  • baik untuk telinga, kurang mendapat jangkitan telinga
  • usus bayi juga dilindungi, dapat elak sembelit
  • membentuk sistem penghadaman yang baik , bayi tidak mudah kena sakit perut @ cirit birit
  • jantung lebih sihat dengan kolestrol yang rendah
  • tinggi IQ 
  • dan pelbagai lagi...

Panduan Menyimpan Susu Ibu

Sebelum saya akhiri perkongsian kita, di sini saya sertakan gambar sebagai panduan penyimpanan susu ibu dan jangka hayat susu ibu ini dapat digunakan oleh bayi =) Rujuk gambar di bawah ya.

Panduan Hayat Simpanan Susu Ibu

Sekian, wassalam.

Klik di sini untuk:-
  1. Ebook Penyusuan Susu Ibu Secara Mudah
  2. Panduan Susu Ibu Kepada Ibu Bekerja
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebarang pertanyaan, jangan malu2!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ

"JOM JANA PENDAPATAN 3-4-5 ANGKA SEBULAN, ONLINE BISNES, HANYA DAFTAR AHLI SHAKLEE & ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN & MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH AHLI. MODAL SERENDAH RM75 & PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. JOM BERSAMA GROUP BERJAYA EKSLUSIF KAMI"

Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!

No comments:

Post a Comment

Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!

Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.