Muhasabah Diri: 12 Amalan Pembuka Pintu Rezeki

12 JALAN YANG MEMBUKA PINTU REZEKI

1) Solat Dhuha
Firman Allah,  "Wahai anak Adam, jangan sesekali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), pasti nanti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." [HR Al-Hakim & At-Tabarani]

Solat Dhuha

2) Selalu Beristighfar
"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon keampunan Allah), nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan, dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka." [HR Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa'i, Ibnu Majah & Al-Hakim]

3) 1000 zikir sehari - KLIK di sini Zikir Menjemput Rezeki
Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , apabila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah SAW berdiri seraya bersabda, “Wahai Manusia, berzikirlah mengingat Allah, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangka kala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

4) Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah memperbanyakkan mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah [HR At-Tabrani )

5) Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup" [HR Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman]

6) Memperbanyak Selawat Atas Nabi SAW

Selawat ke atas Rasul

7) Bersedekah



8) Sentiasa Berbuat Kebaikan
Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya ALLAH tidak akan zalim kepada hamba-Nya yang berbuat kebaikan. Dia akan dibalas dengan diberi rezeki di dunia dan akan dibalas dengan pahala di akhirat." [HR Ahmad]

9) Bangun Seawal Pagi
Fatimah puteri Rasulullah SAW berkata bahawa ketika Rasulullah melihatnya masih terlentang di tempat tidurnya di pagi hari, Baginda berkata, "Puteriku, bangunlah dan saksikanlah kemurahan hati Tuhanmu, dan janganlah menjadi seperti kebanyakan orang. Allah membahagikan rezeki setiap harinya pada waktu antara mulainya Subuh sampai terbitnya matahari" [HR Al-Baihaqi]

Aisyah RA juga menceritakan sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda, "Bangunlah pagi-pagi untuk mencari rezekimu dan melakukan tugasmu, kerana hal itu membawa berkah dan kejayaan" [HR At-Tabarani]

10) Bertaqwa kepada Allah
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" [Ayat Seribu Dinar, Surah At-Thalaq 2:3)


11) Bersyukur & ucap Alhamdulillah
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." [Surah Ibrahim: 7]

12) Tawakkal
Nabi SAW bersabda: "Seandainya kamu bertawakkal kepada ALLAH dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." HR Ahmad, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Jadi sama-samalah kita beramal walau sedikit, lama-lama dapat menjadi habits & moga makin terbuka jalan2 menjemput rezeki kita in sy Allah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jangan malu2, hubungi saya SEGERA!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ

"JOM JANA PENDAPATAN 3-4-5 ANGKA SEBULAN, ONLINE BISNES, HANYA DAFTAR AHLI SHAKLEE & ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN & MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH AHLI. MODAL SERENDAH RM75 & PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. JOM BERSAMA GROUP BERJAYA EKSLUSIF KAMI"

Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!

No comments:

Post a Comment

Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!

Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.