Muhasabah Diri: Agungnya Kisah Nabi Nuh

Keajaiban Bahtera Hebat Nabi Nuh

As Salam sahabat,

Kali ini hasil pembacaan saya ingin berkongsi satu kisah Nabi2 yang memang popular iaitu keagungan bahtera Nabi Nuh A.S. Menurut cerita para anbia, Allah memerintahkan Nabi Nuh membina kapal besar & kuat persediaan ribut & ombak besar yg akan melanda sebagai ujian. Nabi Nuh dan pengikutnya menggunakan pokok kayu besar yg ditanam selama 40 tahun, sebagai menjamin ketahanan & kekukuhan bahtera gergasi ini.

Struktur Arkeologi Bahtera Agung Nabi Nuh



Tahukah anda sesungguhnya bahtera Nabi Nuh a.s ini dikatakan memegang beberapa rekod dunia! Mari saya kongsikan...
1) merupakan Bahtera Terbesar Di Dunia yg diperbuat daripada kayu
Ibnu Abbas menceritakan, suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Dia mengatakan bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.

2) adalah Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia
Dengan bantuan Allah memberi panduan buat Nabi Nuh a.s membina bahtera kuat & gagah untuk menghadapi serangan taufan dan banjir suatu masa lama dahulu, menjadikannya sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

3) merupakan Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu
Nabi Nuh bersama para pengikutnya mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

4) adalah Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat)
Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Mengikut cerita, tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

5) Nabi Nuh adalah Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600 thn)
Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun. SubhanaAllah...

6) Bahtera Nabi Nuh dinakhoda Oleh Bukan Ahli Laut.
Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-Kitab dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

7) Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas
Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian (buku pertama di dalam Al-Kitab dan Taurat) menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

8) Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut
Menurut Al Qur’an, bahtera Nabi Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

9) Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung
Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya.

10) adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia
Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahteranya.

11) Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia
Dengan bantuan Allah memberi panduan buat Nabi Nuh a.s membina bahtera kuat & gagah untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

12) Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia
Nabi Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

13) Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia
Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

SubhanaAllah...Allahuakbar...betapa hebatnya kekuasaanNya. Betapa teguhnya para Nabi menghadapapi segala ujian dariNya. Dan setiap ujian & cerita Nabi itu terdapat pengajaran yang terbaik. Sekian dari saya buat harini. Wallahualam....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahu NILAI untuk wang anda setiap kali anda order?
**Jom daftar jadi Ahli, dapat diskaun hingga 30%
**Boleh jimat untuk penggunaan seisi keluarga
**Bolah jadi SIDE INCOME terutama bila kawan2 atau keluarga nak order!

Jangan malu2, hubungi saya SEGERA!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ

"JOM JANA PENDAPATAN 3-4-5 ANGKA SEBULAN, ONLINE BISNES, HANYA DAFTAR AHLI SHAKLEE & ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN & MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH AHLI. MODAL SERENDAH RM75 & PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. JOM BERSAMA GROUP BERJAYA EKSLUSIF KAMI"

Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!

No comments:

Post a Comment

Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!

Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.