Anak Terbaik: Cara Anak Suka Belajar

Panduan Agar Anak Suka Belajar

Jom kali ni kita bincang-bincang cara-cara nak buat anak kita suka untuk belajar.

Anak-anak ni sememangnya sentiasa berada dalam keadaan curious dan ingin tahu terhadap pelbagai benda dan sekeliling. Jadi, jika kita cuba mempelbagaikan kaedah untuk anak kita belajar dan ambil tahu tentang setiap apa yang ditempuhinya setiap hari maka anak kita akan makin suka untuk belajar.

Antara kaedah yang boleh diguna pakai ialah:-

1) Bila anak bertanya, kita jawab sebagusnya
Biasalah...anak2 mmg suka bertanya tak kisahlah tentang apa hal sekali pun yang mereka ingin tahu pasti mereka tanya. Maka kita digalakkan sentiasa menyediakan jawapan yang mudah difahami oleh anak-anak dan menggembirakan mereka kerana persoalan mereka sudah terjawab dengan baik :)

Cara Anak Suka Belajar


2) Sediakan kelengkapan belajar
Apabila nak makin besar, kita eloklah sediakan beberapa kelengkapan yang digemari anak seperti sediakan flash card ABC dan 123, beli dan tampal poster pembelajaran huruf & nombor atau apa2 pelajaran yang dapat menambah kamus perkataan bagi anak2 (binatang, sayuran, barang rumah, alat tulis dll).

3) Sediakan video atau e-learning program
Samada kita beli pelbagai e-learning CDs yang ada di toko buku besar atau shopping complexes, atau kita gunakan youtube. Tapi jika gunakan kaedah internet, pastikan anda perhatikan video2 yang dipilih, takut keluar yang tidak sesuai sebagai pembelajaran anak kita.

4) Buat pilihan kartun apa yang sesuai
Jangan halang untuk anak kita melihat kartun. Upin Ipin dan Pada Zaman Dahulu antara yang bagus untuk anak lihat dan belajar. Jika anda ada Astro, banyak lagi rancangan TV yang baik untuk pembelajaran untuk anak seperti Hi-5, Doc MacMuffin, Pocoyo, Pororo dll sesuai juga ditonton sambil belajar.

5) Mainan yang selamat dan berilmu
Lego, puzzle, dan macam-macam mainan fikir & bina juga boleh menggalkkan anak untuk meluaskan pemikiran dan kreativiti mereka. Cuma pastikan memebeli mainan yang selamat dan tidak tajam atau membahayakan. Belikan juga yang kukuh agar tidak cepat rosak.

Ini saja dahulu 5 tips dari saya, seperti yang saya amalkan sendiri dalam pembelajaran anak saya. Yang paling penting, jangan hadkan anak-anak dari ingin belajar, apatah lagi marah jangan sekali. Sentiasa galakkan ana-anak untuk belajar agar mereka dapat menjadi anak yang pintar in sya Allah.

Sekian, wassalam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebarang pertanyaan, jangan malu2!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ

Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!

No comments:

Post a Comment

Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!

Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.