Tanda Hormon Tidak stabil

Perubahan Hormon

Hormon adalah pembawa atau utusan kimia di dalam badan kita. Badan akan mengalami perubahan hormon berperingkat apabila umur semakin bertambah. Faktor perubahan hormon mengikut peredaran masa ini adalah berkaitan:-
  • pembiakan
  • pertumbuhan & tumbesaran
  • metabolisma (tinggi @ rendah)
  • fungsi seksual
  • perubahan mood/emosi
Apabila hormon berubah dan menjadi tidak stabil, ini dapat membahayakan kesihatan badan kita dan kita seharusnya ambil tahu tanda ketidakseimbangan hormon badan kita dan cara untuk membaikinya.

Tanda & Pemulihan Hormon


1) Insomnia @ masalah tidur
  • Cuba untuk mengawal dan stabilkan waktu tidur anda
  • Ambil banyak anti-oksidan
  • Ambil protein tanpa lemak berkualiti waktu makan malam
  • Cuba senaman seperti yoga untuk meningkatkan tidur anda
  • elakkan tabiat penyebabkan insomnia (kafein, makan makanan berat, mandi, bermain gamse atau menonton TV)
  • Untuk mengetahui bagaimana untuk menguruskan insomnia ikuti pautan ini

2) Terlampau Stress
  • Ini boleh membawa kepada tahap progesteron dan hormon penting yang lain berkurangan/rendah
  • Cuba untuk bekerja dengan lebih tenang & bebas tekanan
  • Amalkan diet yang sihat & teratur
  • Ubah persekitaran agar membantu mengurangkan tekanan
  • Amalkan yoga
  • Libatkan diri dengan aktiviti berlari, berbasikal, pergi gym atau berenangBerehat sebentar dari teknologi (smartphone, laptop, games)
  • Pelihara haiwan kesukaan (kucing atau ikan dll)

3) Pertambahan berat badan
  • Berlaku walaupun diet anda sihat dan aktiviti fizikal normal, ini boleh menjadi tanda ketidakseimbangan hormon.
  • Ia mungkin kerana insulin badan tidak teratur atau terhalang/terganggu
  • Masalah thyroid juga boleh menyebabkan penambahan berat badan
  • dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk penilaian lanjut
  • elakkan makanan yang diproses, gula ( soda ), dan gandum.

4) Berpeluh berlebihan
  • Jika anda mengalami peluh berlebihan terutama waktu malam, ini mungkin kerana ketidakseimbangan hormon
  • Anda perlu catat rutin anda, apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa, dan apa jenis emosi menyebabkan suhu badan anda meningkat
  • Berpandukan catatan anda, cuba bertindak mengikut sebab peluh berlebihan itu berlaku

5) Kemurungan @ Depression
  • Rasa tertekan dan beremosi dalaman adalah tanda ketidakseimbangan hormon
  • Ini mungkin kerana perubahan hidup (kematian yang tersayang, bersara atau menghidap penyakit kronik)
  • Rawat dengan mendengar rintihan diri dalaman anda
  • Rawat badan dengan diet yang sihat , senaman dan nutrisi yang betul
  • Jika berlarutan, dinasihatkan berjumpa psychiatric atau pakar profesional kesihatan mental untuk bantuan lanjut

6) Keletihan
  • Rasa letih terlalu awal atau terasa slow sewaktu bekerja? Ini mungkin disebabkan ketidakseimbangan hormon 
  • Pemakanan yang betul diperkaya dengan nutrien 
  • kurangkan makanan bergandum dan bijirin boleh menstabilkan gula dalam darah anda

7) Masalah penghadaman
  • Pencernaan perlahan dan masalah gastrik juga antara tanda-tanda lazim ketidakseimbangan hormon
  • Masalah hormon semasa pri-menopause adalah salah satu punca paling biasa masalah pencernaan untuk wanita yang berumur di antara 45 dan 55 tahun

8) Libido rendah
  • Ini adalah salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon.
  • Selalunya ketidakseimbangan dalam hormon seks , tiroid atau kelenjar endokrin yang lain
  • Ia juga berlaku kerana kekurangan tidur yang lena
  • Cuba ubah tabiat tidur dan optimumkan tidur anda

9) Tumbuh Jerawat / Kulit muka kusam
  • Ini adalah tanda lazim juga perubahan hormon terutama bagi wanita
  • Cuba bertenang dan ambil makanan & nutrisi seimbang
  • Pamper yourself dengan rawatan spa

10) Gangguan haid

  • Juga antara yang biasa tanda ketidseimbangan hormon wanita
  • Ada yang tidak datang haid selama setahun
  • Dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapat nasihat lanjut



Sekian perbincangan kali ini, wassalam.
**Credited kepada rujukan PositiveMed

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahu NILAI untuk wang anda setiap kali anda order?
**Jom daftar jadi Ahli, dapat diskaun hingga 30%
**Boleh jimat untuk penggunaan seisi keluarga
**Bolah jadi SIDE INCOME terutama bila kawan2 atau keluarga nak order!

Jangan malu2, hubungi saya SEGERA!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ

"JOM JANA PENDAPATAN 3-4-5 ANGKA SEBULAN, ONLINE BISNES, HANYA DAFTAR AHLI SHAKLEE & ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN & MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH AHLI. MODAL SERENDAH RM75 & PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. JOM BERSAMA GROUP BERJAYA EKSLUSIF KAMI"

Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!

No comments:

Post a Comment

Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!

Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.