Muhasabah Diri: Hebatnya Kuasa Air

Air Makhluk Allah Boleh Mendengar

As salam,
Jom kita berbicara pasal air kali ni untuk sesi muhasabah kita. Setiap hari kita pasti berkait dengan air. Air untuk minum, masak, membasuh pakaian, cuci rumah dan macam2 lagi kan. Cuba bayangkan kalau kita takde air...sehari mungkin boleh tahan, seminggu...? Nauzubillah...susah kita nnt banyak yg tak boleh buat.


"Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." (QS Al Anbiya: 30)

Saya pernah terbaca banyak kajian mengenai kekuatan kuasa molekul air. Dan yang paling popular tentunya air zam-zam. Kita pun tentunya biasa dengar yg air putih yang didoakan boleh menyembuhkan si sakit.

Air boleh "mendengar" kata-kata, boleh "membaca" tulisan, dan boleh "memahami" mesej. [Dr Emoto, Jepun]

Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Pernahkah anda terfikir untuk mencuba, setiap hari doakan air minum di rumah dengan khusyuk kepada Allah agar anak yang meminumnya soleh, sihat, bijak atau suami yang meminumnya bertambah sayang & keluarga sihat selalu. Dengan izin Allah, air tadi akan menyampaikan mesej kepada air di otak dan pembuluh darah badan kita.

Rasulullah saw. bersabda, "Air zam-zam akan melaksanakan pesan dan niat yang meminumnya". Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan sakit, dia akan sembuh. Subhanallah. Hebatnya air zam-zam begitu berkhasiat kerana dia menyimpan pesanan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim as.

Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama Jepun telah melakukan penyelidikan tentang sifat air. Air suci dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu disejukkan sehingga -5 darjah C di dalam makmal, kemudian gambar air diambil dengan menggunakan mikroskop elektron dengan kamera kelajuan tinggi. Molekul air membentuk kristal segi enam yang indah. Dan ketika dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah.

Dia juga cuba dengan menghadapkan sebuah tulisan huruf Jepun, "Arigato". Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata "syaitan", kristal itu lalu bertukar kepada bentuk buruk. Muzik Symphony Mozart dimainkan lalu kristal muncul semula dengan berbentuk bunga. Apabila muzik heavy metal diperdengarkan, kristal tersebut hancur.

Dr. Emoto mengelilingi dunia menguji air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin dan juga diundang ke Pejabat Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005. Air boleh "mendengar" kata-kata, boleh "membaca" tulisan, dan boleh "memahami" mesej. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam mesej, seperti pita magnetik atau compact disk.

Lihat betapa berkuasanya air kan. Kesimpulannya, air bukanlah benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh yang menunggu disingkapkan oleh manusia. Islam adalah agama yang paling dekat dengan air. Sebelum bersolat kita diwajibkan berwuduk. Mati pun wajib dimandikan. Dan kita di zaman serba moden ini menggunakan air secara membazir, bahkan air juga cemari. Astaghfirullah.

Hargailah air. Gunakanlah sebaiknya. Wallahu a'lam.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jangan malu2, hubungi saya SEGERA!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ

Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!

No comments:

Post a Comment

Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!

Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.