Anak Terbaik: Anak & Trauma

Atasi Trauma Anak


Akhir2 ini pelbagai bencana & berita tergempar kita lihat di kaca TV dan dipaparkan di media massa seluruh negara, malah seluruh dunia. Antara berita panas ialah kes #MH17, #MH370, perang Israel-Palestine dan pelbagai lagi yang menyayat hati.

Dan, kisah2 ini bukan sahaja dip=ceritakan di kalangan kita, malah anak-anak juga. Saya pernah diajukan soalan oleh anak 4 tahun saya, "Apa tu tembak-tembak mommy?", "Kenapa kapal terbang tu masuk air?", "Taknak la naik aeroplane, takut..." begitulah antaranya. Melihat berita gempar dengan gambar2 beremosi sebagai memberi trauma & perasaan takut kepada anak kita yang masih belum kenal erti kehidupan.

Jadi kali ini saya kongsikan tips untuk ibu bapa dalam mengatasi trauma anak-anak ini:-

1. Pilih & tapis maklumat
Sebagai orang dewasa, kita yang memilih apa yang patut & tidak untuk dilihat atau dibaca atau ditunjukkan bersama anak kita. Walaupun mungkin mereka dianggap belum faham namun cerita & gambar tertentu boleh membuat mereka ingin tahu & bertanya & berapa was-was atau tidak selamat dan seterusnya mengundang trauma.

2. Terangkan dan bercakap hal yang sebenar.
Jika kita ditanya oleh anak-anak, kita seharusnya bersedia dengan jawapan yang lembut & mudah difahami oleh mereka, dan jangan berbohong. Ini bagi memastikan mere faham apa sebenarnya yang berlaku dan berasa selamat (feeling safe).

3. Be there bila anak-anak perlukan kita
Apabila anak-anak tiba-tiba berasa takut atau trauma disebabkan sesuatu berlaku, seperti eksiden atau jatuh & cedera, kita perlu bersedia untuk menenangkan mereka dengan cara berikan pelukan kasih sayang sehingga mereka berasa selamat dan reda dari ketakutan. Ini sebaiknya diikuti explanation atas apa yang berlaku untuk mereka faham & mengelakkan trauma yang berpanjangan.

4. Jangan terlalu menunjukkan kita juga takut atau sedih atau trauma
Sebagai ibu bapa kita harus selalu tenang, agar anak-anak juga tidak bertambah trauma jika kita panik atau gelabah apabila sesuatu kecemasan itu berlaku. Bertindak secara penuh kasih sayang & lembut ini sememangnya membantu anak agar tidak cepat takut atau trauma.

5. Selalu bercakap dengan anak-anak. Bacaan lanjut KLIK Bercakap dengan Anak

Sekian perkongsian setakat ini dahulu, wassalam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahu NILAI untuk wang anda setiap kali anda order?
**Jom daftar jadi Ahli, dapat diskaun hingga 30%
**Boleh jimat untuk penggunaan seisi keluarga
**Bolah jadi SIDE INCOME terutama bila kawan2 atau keluarga nak order!

Jangan malu2, hubungi saya SEGERA!
Call/SMS/Whatsapp/Telegram Mom Ikha 0193306849
FB: https://www.facebook.com/BijakVitaminShaklee
COD: Subang, Sunway, Damansara, Kelana Jaya, PJ

"JOM JANA PENDAPATAN 3-4-5 ANGKA SEBULAN, ONLINE BISNES, HANYA DAFTAR AHLI SHAKLEE & ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN & MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH AHLI. MODAL SERENDAH RM75 & PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. JOM BERSAMA GROUP BERJAYA EKSLUSIF KAMI"

Diri Sihat, Keluarga Ceria, Hidup Berkualiti!

No comments:

Post a Comment

Sharing is loving & caring! ^__^ THANKS!

Diri sihat, keluarga ceria, hidup berkualiti.